Thursday, June 15, 2017

反贪腐,你准备好了吗?Kamu dah bersedia mencegah rasuah?

小弟在2009年被党委任当雪州加影市议员,2013年披甲上阵雪州无拉港州选区,至今已有8年了。在过去这段日子,小弟接触过各种不同阶层、种族和宗教信仰的人,也处理过各种各样的投诉和民生问题,包括我们常说的SLRP,即Sampah(垃圾)、Lampu(路灯)、Rumput(杂草)和Parit(沟渠)。 当然,在这过程中我学会了很多新的事物,同时也听了很多对于国家和社会的看法与建议。
8 tahun berlalu sejak saya menceburi bidang politik secara sepenuhnya pada tahun 2009 apabila saya di lantik menjadi Ahli Majlis dan menjadi seorang Adun pada tahun 2013. Dalam tempoh masa ini, saya mengendali pelbagai urusan dan aduan daripada orang awam selain urusan harian seperti urusan SLRP yang membawa maksud Sampah, Lampu, Rumput dan Parit. Banyak perkara yang telah di pelajari dan banyak pandangan di terima semasa mengendalikan aduan dan permintaantersebut.



当中,近年来最令所有人愤怒的话题就是一马公司丑闻。 一谈到首相私人户口收到26亿巨款,大家都会愤怒。这证明了人民都拒绝贪污。但万一事发生在自己身上时,大家又是否能够保持同样的态度呢?

Kebelakangan ini, kebanyakan orang berasa marah apabila mengetahui terdapat sejumlah wang RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Ini telah membuktikan Rakyat Malaysia menolak gejala rasuah dan penyelewengan.  Bagaimana pula sikapnya jika perkara seumpama berlaku pada kamu sendiri?

我打个比喻,非法扩建、营业执照出了问题或因犯错而被市议会开了罚单时,很多人都会寻求我们的协助。行动党向来坚持法治原则,强调Law by law,在处理这些问题时,当然也不例外。

Sebagai contoh, isu pengubahsuaian premis tanpa kelulusan, lesen perniagaan ataupun di kompaun oleh Pihak Berkuasa Tempatan kerana kesalahan tertentu. Kebayakan antara mereka akan berjumpa dengan saya untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Saya akan menasihatkan mereka dengan berpegang kepada prinsip DAP iaitu segalanya mengikut undang-undang.

小弟一般上会先了解他们的问题,然后根据法律或条例来引导他们解决问题。例如非法扩建的问题,我会劝业主寻求绘测师的帮助,呈交图测以便申请准证。如果他们遇上营业执照的问题,就要搞清楚为何申请不到执照或执照遭吊销的原因,要求业主纠正他们的问题,再帮他们上诉。例如补习中心因为没安装后楼梯而无法获取执照,就要求业主安装后楼梯后再重新申请。这才能彻底解决问题。不过有些人不但不接受建议,反而讽刺地说:这么麻烦?你不能帮我搞定吗 以前马华做政府时都不必那么麻烦,我们花点钱就可以了。听了这番话,我真的很失望。当初是人民要求解决贪污问题,在遇到问题时却想以贪污管道来解决。这不是很矛盾吗?

Kebiasaannya, saya akan memahami punca masalah berkenaan dan menasihati mereka untuk menyelesaikan masalah berkenaan sebelum berurusan dengan pihak majlis. Saya akan minta mereka mendapatkan bantuan Arkitek untuk mengemukakan pelan ‘as-built’ jika ia masalah pengubahsuaian tanpa kelulusan. Saya akan minta mereka memasang tangga kedua jika mereka gagal memperolehi lesen perniagaan pusat tuisyen kerana sebab berkenaan. Inilah cara yang berpatutan untuk menyelesaikan masalah secara sepenuhnya. Permasalahan yang timbul di sini adalah, sebahagian orang akan memerli dengan ayat-ayat seperti: “kenapa susah sangat? Dulu semua boleh ‘kaotim’, sekarang leceh.” Ini adalah bercanggah dengan apa sikap sebelumnya.

身为州政府议员,我们未必能参与地方政府的所有决定。这是因为我们在2008年接管雪州政权时,已经废除了州议员兼任市议员的政策。这是依据权限分配、政府分工的原则所做的决定。只有清楚地分权,才能避免有人独揽大权而贪污腐败。然而,市议会还是会在某些影响较大的课题上邀请我们出席会议。市议会落实每项计划,居民们若有意见或疑问,都可以向我们询问详情。可是,令人失望的是,大多数人在不认同市议会落实某项计划时,都会把课题描述成某些人收取了利益,或者得到什么好处。

Mungkin masih ada orang yang kurang faham  dengan struktur kerajaan. Setelah mengambilalih kerajaan Selangor pada tahun 2008, kerajaan negeri telah memansuhkan suatu dasar kerajaan BN iaitu Adun menyandang jawatan Ahli Majlis demi proses pembahagian kuasa sebagai salah satu  langkah mencegah penyelewengan. Justeru itu, Adun tidak terlibat di dalam semua keputusan yang di buat oleh Pihak Berkuasa Tempatan.  Mereka hanya menjemput saya sebagai Adun kawasan untuk menghadiri mesyuarat atau perbincangan bagi hal-hal yang tertentu sahaja.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai sesuatu cadangan, orang awam boleh mendapatkan maklumat daripada saya. Itu tugas saya  tetapi apa yang mengecewakan adalah apabila orang awam tidak setuju dengan mana-mana cadangan, tuduhan seperti terdapat kepentingan diri bagi pihak tertentu akan timbul. 


最近闹得沸沸扬扬的蕉赖永旺购物中心周遭改道计划,就是最好的例子。这项计划落在小弟的选区内,虽然其原意是要改善当地交通严重阻塞的问题,但居民无法接受,甚至还有人散播谣言说:黄田志拿了发展商的钱,不然为何要如此规划?政府的规划或决策不会尽善尽美,有问题我们就一定要正视和解决。不过,解决问题也有一定的程序要遵守,需要时间。
Isu  cadangan aliran trafik baru di sekitar Aeon Cheras Selatan yang menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk baru-baru ini adalah contoh yang baik. Walaupun niat pihak majlis mencadangkan aliran baru ini adalah baik, kebolehlaksanaannya mungkin tidak begitu tepat  dengan permintaan penduduk setempat. Tuduhan bahawa saya mempunyai kepentingan diri dan telah menerima sejumlah wang daripada pemaju timbul. Kita harus memberi perhatian terhadap setiap masalah yang timbul dan mencari jalan penyelesaian tetapi bukan semua perkara boleh di selesai dengan serta merta. Isu berkenaan dengan dasar mesti melalui prosedur yang tertentu dan memakan masa.


至于收取利益的说法,先别说我们会不会这么做,我们连这种胆量都没有。别忘了我们还是全国的反对党,谁是反贪会的话事人自然也不必多说。反贪会对我们是如何的虎视眈眈,大家心中有数。只要看看槟州首长因为屋子买便宜了就立刻遭反贪会对付,就知道行动党不只不能贪污,而且还要比谁都更反对贪污、更小心和清廉。至于那些流言蜚语,反而令人领悟了一件事:贪污已成了一种文化。这是国阵和马华60年来最大的成就,也是马来西亚最可悲的地方。要根除这种病毒,首先就必须先打到国阵这个罪魁祸首,才能建立一个清廉、有效率和健康的马来西亚

Jangan terlupa bahawa walaupun kami adalah kerajaan negeri tetapi kami masih parti pembangkang di peringkat kebangsaan.  SPRM macai siapa? Ketua Menteri Pulau Pinang di dakwa kerana membeli rumah yang murah di samping mereka yang membeli barangan dengan harga berkali-kali ganda tidak di siasat.  DAP bukan sahaja tidak boleh rasuah tetapi perlu lebih giat menolak rasuah. INILAH KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH BARISAN NASIONAL DALAM PENTADBIRAN MEREKA SELAMA 60 TAHUN YANG LALU DAN IA JUGA KEKECEWAAN BAGI MALAYSIA. BN BERJAYA MENJADIKAN GEJALA RASUAH SEBAGAI SUATU BUDAYA DI MANA PERSEPSINYA ADALAH SEGALANYA BERKAITAN DENGAN RASUAH.  BN perlu tumbang supaya Malaysia dapat di selamatkan. BN wajib kalah supaya Malaysia boleh kembali ke landasan yang betul tanpa gejala rasuah dan penyelewengan.

No comments:

Post a Comment