Wednesday, August 23, 2017

DAP MAMPU MENJELASKAN FITNAH UMNO/BN DENGAN FAKTA YANG KUKUH


KENYATAAN MEDIA NG TEIN CHEE, AHLI DEWAN NEGERI BALAKONG MERANGKAP SETIAUSAHA ORGANISASI DAP SELANGOR PADA 22HB OGOS 2017

DAP MAMPU MENJELASKAN FITNAH UMNO/BN DENGAN FAKTA YANG KUKUH


Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu-satunya pemimpin yang telah berjaya membawa negara kita ke puncak pentas antarabangsa, tetapi dengan impak negatif . Malaysia, tanahair tercinta kita, kini telah menjadi bahan ketawa di seluruh dunia. Ini jelas terbukti jika sesiapa yang pergi ke luar negeri sudi meluangkan sedikit masa untuk bersembang dengan orang tempatan tidak kira di mana-mana negara.  Seorang rakan saya yang mengambil kesempatan untuk bersembang dengan penjaja di Taipei ketika beliau berada di sana diajukan satu soalan iaitu : “gejala rasuah di Malaysia sangat teruk ya?” Seorang lagi disindir oleh orang Jerman dengan mengatakan : ”your Prime Minister is so famous and great. How can Malaysians accept it?”
Walau bagaimanapun, Najib masih berani menuding jari kepada pemimpin pembangkang dengan pelbagai tuduhan fitnah melalui agensi penguatkuasaan yang dikuasai oleh beliau seperti pihak SPRM. Mulai dengan pendakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga ke penahanan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa Najib kini kebuntuan jalan dan merancang siri penangkapan terhadap pemimpin pembangkang khasnya DAP supaya dapat mewujudkan suatu gambaran bahawa DAP merupakan suatu parti yang turut rasuah seperti Umno/BN.

Bermula dengan penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, adakah penahanan SPRM terhadap beliau memerlukan anggota penguatkuasaan seramai beratus orang? Ini hanya untuk menahan seorang ketua kerajaan negeri dan bukannya pengganas. Lim Guan Eng didakwa telah membeli banglo dengan harga bawah pasaran tetapi apa yang saya berasa bangga adalah beliau berani menafikan tuduhan tersebut. Beliau berani kerana benar. Bagaimana pula dengan Najib? Beranikah Najib menafikan pelbagai tuduhan terhadap beliau termasuk isu RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, pembelian cincin intan oleh isterinya dan tuduhan-tuduhan berkaitan skandal 1MDB terhadap beliau? Malah, beliau secara terbuka telah mengaku bahawa memang benar beliau terima duit RM2.6 bilion melalui akaun peribadi beliau. Dengan itu, strategi terkini beliau adalah mewujudkan suatu suasa bahawa biarpun beliau dan Umno rasuah, begitu juga dengan DAP dengan menunjukkan gambar-gambar dan rakaman video ketika pemimpin DAP di tahan.

Ini jelas terbukti apabila Exco Kerajaan Pulau Pinang Phee Boon Poh di tahan oleh SPRM kerana isu sebuah kilang haram yang telah beroperasi selama 10 tahun di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.  Mulai dengan penahanan reman beliau secara haram sehingga ke pendedahan maklumat palsu oleh pihak tertentu kepada media arus perdana yang menyatakan RM2 juta di dalam 4 akaun beliau telah dibekukan oleh SPRM apabila Phee tiada mempunyai wang tunai sebanyak RM2 juta itu. Ia sekali lagi menjelaskan motif kerajaan Umno/BN di sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan Najib dan konco-konco beliau supaya jangan menganggap Rakyat Malaysia tidak tahu bagaimana untuk membezakan kenyataan dan fitnah. Adalah fakta yang tidak dapat di nafikan iaitu kedua-dua pemimpin DAP itu berani menafikan tuduhan dengan jelas dan kuat manakala Najib tidak berani membuat penafian secara terus terang terhadap tuduhan terhadapnya kerana tuduhan terhadap Perdana Menteri itu adalah berasas. Bahkan fitnah demi fitnah yang telah di lontarkan, DAP tetap mampu menjelaskannya satu demi satu dengan fakta yang jelas dan kukuh.

1 comment:

  1. Las Vegas - Casino, Hotel & Spa Near Casino & Resort
    Get directions, reviews and information for 충주 출장안마 Las Vegas Casino, 군산 출장마사지 Hotel 구리 출장샵 & Spa in Las Vegas, NV. Wynn Las 포천 출장마사지 Vegas - Casino, Hotel & 남원 출장안마 Spa.

    ReplyDelete