Friday, March 9, 2018

PENDEDAHAN 5 KELEMAHAN SELANGOR OLEH NAJIB SETAKAT MEMUTAR BELIT DAN MENGELIRUKAN



KENYATAAN MEDIA NG TIEN CHEE, AHLI DEWAN NEGERI KAWASAN BALAKONG MERANGKAP SETIAUSAHA ORGANISASI DAP SELANGOR PADA 3HB MAC 2018

PENDEDAHAN 5 KELEMAHAN SELANGOR OLEH NAJIB SETAKAT MEMUTAR BELIT DAN MENGELIRUKAN

Pendedahan lima kelemahan kerajaan Selangor oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak seolah-olah rakyat Selangor dungu dan tidak pandai berfikir. Beliau sengaja memutar belitkan fakta-fakta kerana mengetahui kenyataan beliau akan ditularkan oleh media perdana dan disebarkan kepada rakyat Malaysia di luar Selangor terutamanya yang menginap di kawasan pedalaman. 

Gangguan bekalan air yang berlaku di negeri Selangor dua hari lepas merupakan gangguan berjadual berikutan usaha pengusaha loji rawatan air menukar pam. Apa yang menghairankan adalah, mengapa ia di lakukan sempena lawatan Najib di Selangor? Loji rawatan ini adalah milik Splash dan syarikat ini masih belum ditukar milik kepada negeri Selangor.  

Jelas Najib sengaja memutar belit fakta ini. Janji bahawa BN akan selesai isu air jika menawan Selangor merupakan satu penipuan. Rujuklah kepada rekod negeri-negeri bawah pimpinan BN. Kawasan Mersing yang berada di dalam kubu kuat Umno/BN, Johor,  mengalami catuan air selama beberapa bulan pada setiap tahun sejak tahun 2014. Tempoh catuan air paling Panjang yang pernah di catatkan adalah pada tahun 2016 apabila ia berlaku selama lebih kurang 7 bulan.  Jika BN boleh selesai masalah air, mengapa Johor masih ada masalah gangguan apabila tarif airnya  bagi 20 m3 yang pertama adalah RM0.80? 

Selain daripada itu, Najib perlu jelaskan jika BN mampu selesaikan masalah air di Selangor jika berjaya menawan Selangor, mengapakah negeri Johor mengalami 122 kali gangguan bekalan air berpunca daripada pencemaran air mentah sejak 2013 sehingga kini? Di Felcra Sri Makmur Peringkat Satu, Pekan pula, pernah berlaku gangguan bekalan air selama beberapa bulan. Pekan adalah kawasan Parlimen Najib sendiri.  Mengapa semua ini tidak di war-warkan dalam media perdana? Apakah TV3 tidak nampak masalah air di Johor dan Pahang?   

Sebalik itu, masalah air di Selangor telah banyak bertambahbaik sejak pengambilan alih Syabas, Puncak Niaga dan Abbas pada November 2015. Saya petik kawasan saya Balakong sebagai contoh. Kekerapan gangguan bekalan air telah banyak berkurangan dan ini bukti kewibawaan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah air. 

Selain daripada itu, masalah harga perumahan yang tinggi di Selangor bukan isu yang boleh diselesaikan di peringkat negeri. Apabila menuduh harga perumahan di Selangor tinggi, tidakkah ia tinggi juga di Wilayah Persekutuan? Antara faktor harga perumahan melambung tinggi adalah inflasi yang tidak terkawal dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Walaupun kerajaan BN sering menegaskan bahawa transaksi jual beli perumahan adalah dikecualikan daripada GST, jangan melupai pemaju perlu menanggung GST untuk bahan-bahan pembinaan dan ia merupakan kos tambahan kepada mereka. Janganlah sekali sekala mahu mengelirukan orang ramai. Selangor tidak menaikkan cukai pintu. Saya ambil Majlis Perbandaran Kajang sebagai contoh, kadar cukai taksiran tidak pernah naik sejak tahun 1985 ketika di bawah pemerintahan BN. Cukai yang benar-benar membebankan adalah GST. 

Jika mahu berdebat mengenai sampah, saya mengakui memang Selangor menghadapi kesukaran dalam mengendalikan sampah tetapi keadaan kini bertambah baik terutamanya setelah penamatan kontrak kroni BN, Alam Flora pada tahun 2012. Kebersihan di negeri Selangor kini bertambah baik. Jika mahu menuduh, apakata jika saya boleh menunjukkan beberapa hotspot sampah haram di Wilayah Persekutuan? Tidakkah negeri bawah BN juga mengahadapi masalah yang sama? 

Dakwaan kerajaan negeri meletakkan politik di tempat pertama berbanding masalah rakyat sedangkan BN sebaliknya sepatutnya di tujukan kepada BN sendiri.  Dengan itu, saya ingin mengingatkan Najib bahawa apabila kamu menuding jari pada kami, terdapat 4 jari sedang menuding pada kamu sendiri. Selesaikanlah masalah di kawasan sendiri sebelum Pakatan Harapan selesaikannya selepas PRU 14 nanti.

No comments:

Post a Comment