Monday, May 21, 2012

Program Kemasyarakatan Mengeratkan Hubungan Kejiranan 社区活动出境邻居关系

Balakong 20/5- Satu gotong royong telah berjaya dianjurkan di Jalan Taming Kiri 6, Taman Taming Jaya dengan bantuan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang Encik Ng Tien Chee (Eddie). Gotong royong tersebut di anjurkan dengan tujuan utama bagi membersihkan sampah sarap di padang permainan dan mencantas pokok-pokok yang tebal di sepanjang jalan. Walaupun aktiviti tersebut berjaya dianjurkan dengan bantuan daripada lebih kurang 20 orang kakitangan MPKj dan beberapa orang pekerja asing yang tinggal berhampiran, Ng berasa kecewa kerana penduduk kawasan tersebut yang menyertai aktiviti ini tidak melebihi 10 orang. "Saya berasa kecewa dengan kehadiran penduduk setempat tetapi faham akan sebabnya. Saya diberitahu oleh wakil penduduk Mrs Yong bahawa ini merupakan aktiviti pertama semenjak beliau berpindah masuk ke kawasan ini lebih kurang 10 tahun dahulu dan mungkin penduduk tidak sedar akan aktiviti ini. Ini juga merupakan kelemahan masyarakat masa kini di mana interaksi di antara jiran semakin kurang," kata beliau.
Oleh yang demikian, Ng menyeru semua wakil-wakil penduduk, persatuan dan organisasi tempatan masing-masing menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan demi mengeratkan hubungan di antara kejiranan di samping meningkatkan mutu kehidupan setempat. Sesiapa yang berniat menganjurkan aktiviti dan memerlukan bantuan beliau boleh menghubunginya di 012-398 1131.

无拉港 20/5-民主行动党加影市议员黄田志今早带领加影市议会美化组及垃圾承包商共约廿人到陈明再也第六路(Jalan Taming Kiri 6) 协助当地居民举行大扫除。这场小型的大扫除主要目的是修剪路旁茂盛的树木及清理路旁和草场的垃圾。黄田志在出席该活动时表示对于居民的出席率感到失望。“出席今天这场大扫除的居民总数不超过十人,反而有六名住在附近的外劳前来帮忙。但无论如何,这可能是因为多年来没有任何人在这里举办过活动的原因、希望下次会有更多人出席。居民告知,他们住在这里已经十余年但从来没有人举办任何活动并对于今天的安排感到非常高兴。其中一位居民杨太太也要求我们多在这里举办活动。” 黄田志也呼吁各地方社团,组织甚至居民多举办社区活动,出境邻居们的关系。‘现代社会的生活与我们小时候大大不同,左邻右舍或许较少聊天甚至不认识对方。这是很不健康的现象。希望通过举办社区活动能够改善这种情况而本人也愿意协助。 有意者可致电012-3981131联络本人。

No comments:

Post a Comment