Monday, January 17, 2011

Pekerja IWK Biadab





Satu sesi sidang akhbar telah dianjurkan pada 13hb Januari 2011 mengenai aduan penduduk-penduduk Rumah Pangsa Taman Cheras Permai. Penduduk mengadu bahawa persekitaran perumahan tersebut telah dicemari bau busuk akibat limpahan air kotor dari loji kumbahan Indah Water yang terletak di Jalan Permai 7, Taman Cheras Permai.

Saliran limpahan didapati tersumbat akibat kegagalan pihak Indah Water untuk menyelenggarakan loji tersebut mengikut jadual. Airnya melimpah keluar dari saliran dan terus mengalir ke dalam longkang. Ini telah mengakibatkan penduduk 140 unit rumah pangsa yang terletak hanya 60 kaki dari loji tersebut menghidu bau busuk dan geli selama beberapa minggu.

Kebetulan pada masa yang sama, pihak Indah Water menghantar pegawainya untuk memeriksa loji tersebut berikutan aduan yang dibuat oleh saya pada 10hb Januari 2011. Walaupun Indah Water bertindak lambat keatas aduan ini, penduduk berasa lega kerana akhirnya nampak tindakan telah diambil dan dengan perasaan serba tidak puas hati mereka bertanya dengan pegawai Indah Water sebab-sebab kerosakan dan tempoh yang diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

Salah seorang pegawai telah menjelaskan punca kerosakan dan berjanji ia akan diselesaikan dalam tempoh sehari. Pada ketika itu, seorang lagi pegawai Indah Water mula mengamuk dengan meluahkan perkataan-perkataan yang tidak sopan dan kurang ajar.

Kenapa panggil reporter? Kalau pandai sangat panggil reporter repairlah sendiri. Jangan complaintlah…. Duit tak bayar, tapi complaint pandai (dan sebagainya).”

Ini telah menyakiti perasaan penduduk-penduduk tersebut yang tidak bersalah. Mereka mengadu kerana itu adalah hak mereka. Kelakuan pegawai ini telah menjatuhkan imej Indah Water, sebuah syarikat consortium yang mempunyai obligasi komuniti. Adalah menjadi tanggungjawab Indah Water untuk memastikan loji-loji dibawah jagaannya di selenggara dengan baik tanpa memilih kasih. Isu kutipan bayaran harus dikendalikan oleh bahagian kutipan dan bukan tanggungjawab pegawai kejuruteraannya. Perbuatan pegawai tersebut seandainya syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang tidak bertanggungjawab dan saya telah menulis surat kepada pengurusnya memohon supaya pegawai tersebut meminta maaf dalam tempoh tujuh hari.

No comments:

Post a Comment