Skim Komuniti Berkawal
Kegagalan pihak polis untuk menunaikan tanggungjawabnya telah menyebabkan kadar jenayah di Lembah Klang semakin meningkat. Peningkatan kadar jenayah bukan sahaja membimbangkan malah sebahagian penduduk mula berasa takut dan cemas. Saya sering dipanjangkan berita malang menyatakan berlaku lagi kes pecah rumah dan rompakan. Apa yang menghampakan adalah tidak pernah saya diberitahu bahawa penjenayah, pencuri mahupun suspek telah di tangkap oleh pihak polis.
Tibalah masanya untuk menjaga dan menyelamatkan diri sendiri. Kebanyakan persatuan penduduk mula memperkenalkan dan mengimplikasikan Skim Komuniti Berkawal untuk memastikan harta dan nyawa mereka lebih terjamin.
Majlis Perbandaran Kajang telah membenarkan skim tesebut tetapi mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri Selangor. Untuk memastikan ia tidak dijalankan setakat untuk keuntungan sesetengah pihak, permohonan wajib di buat oleh persatuan penduduk dengan syarat mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada 85% pemilik di kawasan yang dipohon.
Lakaran pelan kawasan skim yang menunjukkan jalan-jalan yang akan di tutup, walaupun pihak majlis hanya membenarkan ia ditutup dari pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi, mesti dilampirkan untuk pertimbangan pihak majlis. Permohonan akan ditolak sekiranya jalan-jalan yang ditutup merupakan jalan utama ataupun jalan yang dihubungkan ke taman-taman perumahan yang lain.
Sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 2, saya diamanahkan 25 taman perumahan dan 1 Kampung Baru dibawah jagaan saya. Jumlah Skim Komuniti Berkawal yang MPKj benarkan adalah 13 kawasan dan setahu saya terdapat 3 kawasan baru yang ingin mengimplikasikan skim tersebut.
Skim Komuniti Berkawal adalah salah satu cara untuk memastikan harta dan nyawa lebih terjamin. Walau bagaimanaun, sesetengah jawatankuasa penduduk telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengimplikasikan syarat-syarat yang telah melanggar undang-undang. Skim tersebut adalah satu cara untuk mengawal ketenteraman kawasan dengan penempatan pengawal keselamatan di jalan masuk supaya beliau boleh merekodkan nama dan nombor pendaftaran kenderaan yang keluar masuk. Jawatankuasa penduduk mahupun pengawal keselamatan tidak berkuasa dan tidak dibenarkan memegang sebarang dokumen identiti pelawat dan tiada sesiapa yang berhak untuk menghalang seseorang pelawat daripada memasuki kawasan tertentu kerana pembangunan-pembangunan yang mengimplikasikan skim tersebut merupakan pembangunan yang tertakluk dibawah Kanun Tanah Negara. Semua infrasutruktur yang di bina di bawah Kanun Tanah Negara dikategorikan sebagai kemudahan awam dimana semua orang biarkan warganegara Malaysia ataupun pendatang asing berhak menggunakannya.
Saya sering ditanyakan soalan-soalan seperti mengapa sesetengah jalan di benarkan ditutup untuk sepanjang hari? Sebenarnya pihak majlis tidak membenarkan sesiapa untuk berbuat demikian. Semua kebenaran adalah tertakluk kepada garis panduan pihak negeri. Oleh kerana Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang menyayangi rakyat dan membimbangkan keselamatan rakyat terancam, tiada tindakan penguatkuasaan di ambil terhadap tindakan menutup jalan untuk sepanjang hari sekiranya tiada aduan ataupun bantahan daripada orang awam di terima tetapi jawatankuasa penduduk terpaksa memikul tanggungjawab undang-undang sekiranya berlaku malapetaka akibat penutupan tersebut. Satu contoh yang paling baik iaitu isu yang timbul di Taman Sunway Cheras pada tahun 2009. Jawatankuasa penduduk menutup Jalan Sunway 1 sepanjang hari dan bantahan orang awam ditujukan kepada MPKj. Pihak majlis telah mengarahkan bahawa jalan tersebut di buka dan tidak dibenarkan ia ditutup biarpun pada tempoh yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, bagi jalan-jalan lain yang tidak menerima bantahan, ia bukanlah di benarkan malah boleh dikatakan satu mata dipejamkan demi keselamatan rakyat Selangor.
Bagi sesiapa yang berniat memulakan Skim Komuniti Berkawal di kawasan perumahannya, saya berharap cara dan sikap yang positif diutamakan dan jangan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira kesulitan yang bakal dialami oleh orang lain.
YB Eddie Ng, laporan YB memang memberi maklumat yang bernas kepada mereka yang membaca blog YB tetapi soal yang tidak dijawab atau diungkitkan adalah salah satu Punca Utama (atau Root Cause) yang menimbulkan pelbagai masalah, kesulitan dan perbalahan di antara masyarakat.
ReplyDeleteSaya amat pasti YB pernah mengunakan Jalan Medan-Masria untuk keluar dari taman-taman perumahan di sini (exit 701). Pernahkah sama-sekali YB fikirkan yang kerosakan jalan dan kegagalan menaik-taraf Jalan Medan Masria selama ini merupakan punca utama penghuni-penghuni utama ingin menggunakan jalan singkat yang memintas kawasan-kawasan perumahan tempat lain? Jikalau MPKj menunaikan tanggungjawab mereka dan melaksanakan projek menaik-taraf Jalan Medan-Masria (dan tidak seperti sekarang – yang ia diabaikan selama ini), tidakkah masyarakat dari taman-taman perumahan lain tidak perlu menggunakan jalan singkat (yang kadang-kadangnya mengambil lebih masa kerana jalan-jalan pintas tersebut adalah sempit dan BUKAN dibina sebagai jalan “Through-Pass”). Maka kegagalan pihak MPKj dalam projek mereka menyebabkan pelbagai isu-isu lain (seperti mana YB tahu).
YB, memang arif tentang keadaan yang dialami oleh masyarakat di kawasan ini. Masyarakat yang tinggal di kawasan Awana / Bukit Segar (dan juga kami) perlukan Jalan Besar (main road) menghala keluar/masuk taman dibaiki dan dinaiktarafkan. Kami rakyat di persekitaran Taman Ferngrove,Cuepacs dan Intan pula ingin mempunyai skim keselamatan untuk melindungi keluarga kami. Kami bukan berniat untuk menyusahkan masyarakat lain tetapi mengapa pula kemudahan masyarakat (yang boleh menjimatkan 1 minit) lebih penting daripada keselamatan kami? YB yang memang pintar di dalam pelbagai perkara mesti tahu bahawa adalah wajib bagi pihak sekuriti untuk memintas mereka yang bukan residen untuk bertanya tujuan mereka ingin masuk ke taman kami. Tujuan adanya sekuriti adalah untuk memerhatikan segala kenderaan yang keluar masuk dan BUKAN menghalang kenderaan-kenderaan yang sememangnya ingin menuju ke destinasi yang berada di dalam taman perumahan skim guarded komuniti tersebut. Lagipun, memang salah jika pihak sekuriti mengambil atau menyimpan dokumen identifikasi pemandu kereta tetapi memang tidak salah untuk bertanya dan merekodkan nombor kereta bukan? Adakah perbuatan sekuriti ini menyalahi undang-undang?
YB, Saya sebagai salah seorang masyarakat yang menyokong skim guarded komuniti ini tidak sama-sekali menyokong atau menyebelahi mana-mana pihak politik (samada PR,BN,ABC). Saya hanya ingin memaparkan kecuaian pihak MPKj menjalankan tugas yang diamanahkan yang menyebabkan kebanyakan masalah-masalah yang dihadapi oleh penghuni-penghuni taman taman perumahan kami. Saya berharap kesemua masyarakat yang membangkang atau menyokong skim ini tahu akan punca utama @ Root Cause berlakunya kebanyakan masalah-masalah yang sedang kami semua hadapi.
YB merupakan salah seorang anggota parti politik yang menguasai kerajaan negeri Selangor. Jadi wajarlah untuk saya mengatakan yang YB memang berada di dalam liga kuasa negeri yang BOLEH melakukan perubahan yang dijanjikan 3 tahun lepas.
Sekian, terima kasih.
No action talk only: Cakap tak serupa bikin -
ReplyDeleteTell me what have you done about the road in Cuepacs area which has been left idle for about a year??
ReplyDeleteHey, he is better than BN guys. If you read Chinese papers you know .
ReplyDeleteTUAN, As you have said that road will close from 12am to 6.00am ,BUT how come Bandar mahkota cheras section 6 ,closed from 9.00pm to 6.00am . CAN you please CHECK IT /////. it causing us resident of desa makmur,desa bukit permai,desa permai and serounding area alot of hardship THanks you
ReplyDeleteSaya sebagai rakyat,sepatutnya pbt kena amanah dalam tugasnya.persatuan(AR)langsung tiada kuasa untuk meminta yuran security. Masalah kebanyakkan rakyat tak tau.cuma strata berhak ,yang dikendalikan jmb,mc.unit individual strata di kendalikan persatuan.sama sekali tidak boleh paksa.siapa dah masuk ahli persatuan,di kemudian hari mereka akan membuat undang undang kecil seperti maintenance fees untuk security,akses card dan sebagai nya.siapa dah masuk ahli wajib ikut peraturan manakala tak masuk ahli langsung tidak mempunyai kuasa untuk menghalang atau meminta maintenance fees .jadi rakyat kena sedar.terlalu banyak masalah dengan Ra ini,bukan semua tapi kebanyakkannya.sebagai rakyat saya nak tanya siapa bagi hak ini untuk RA.macam dengan saya sebelum ini saya ingat persatuan penduduk (RA) ada kuasa.saya wajib kena bayar.setelah saya tau saya berhenti bayar.sebab saya nak pdrm jaga keselamatan rakyat bukan security guard, saya nak mpkj jaga kawasan seperti potong rumpus,perparitan dan sebagai. Cuma strata title ada hak(seperti flat,ppr,condo,kluster dan individual title tak de hak lansung seperti rumah teres,banglo.seperti saya cakap kalau kita masuk ahli persatuan jadi mereka ada hak untuk mintak maintenance fees, kalau tak masuk ahli tak de hak mintak.kalau setakat rm 50 boleh dipertimbangkan kalau sampai rm650 siapa nak bagi betul tak.jadi sebelum tanda tangan baca dulu.research dulu.
ReplyDelete