Ahli Majis Majlis Perbandaran Kajang, Eddie Ng Tien Chee
mengumumkan hari ini bahawa Jalan Bukit Belimbing, Balakong akan di turap
semula pada April 2013. Beliau menyatakan
kerja-kerja penurapan semula sepanjang
lebih kurang 2 kilometer di jalan utama yang menyambungkan Lebuhraya SILK ke
Taman Bukit Belimbing, Taman Juara Jaya
dan lain-lain akan di jalankan oleh pemaju Maktab Tentera Di Raja yang terletak
bersebelahan dengan Taman Juara Jaya.
“Ini merupakan salah satu syarat
daripada pihak MPKj untuk meluluskan pihak pemaju mengorek jalan tersebut bagi
tujuan penyambungan bekalan air dan elektrik.
Mereka di kehendaki untuk menurap semula sepanjang jalan yang di korek
dari bahu ke bahu, Ng berkata. Walau bagaimanapun, Ng kurang berpuas hati
dengan maklumat pengorekan yang di sampaikan lewat kepada pihak MPKj. Ini adalah kerana pihak MPKj telah
membelanjakan sebanyak lebih kurang RM150,000.00 untuk menurap semula
sebahagian jalan tersebut pada hujung tahun lepas. “MPKj boleh menjimatkan
peruntukkan tersebut dan menggunakannya di kawasan yang lain sekiranya di
maklumkan mengenai pengorekan tersebut dengan lebih awal,” tambah Ng.
Selain daripada itu, Ng menyatakan
bahawa pihak MPKj telah mengadakan satu mensyurat bersama pemaju projek MTD
dengan beberapa pemaju yang bersebelahan dengan projek itu dua minggu yang
lalu. Semua pihak telah bersetuju untuk
melantik seorang perunding bagi
mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan berdekatan akibat pembangunan
beberapa projek tersebut. Ng berkata “mereka
telah mulakan kerja-kerja mengatasi
masalah banjir bagi jangka masa pendek dan cadangan bagi jangka masa
panjang akan di bekalkan kepada MPKj dalam masa yang terdekat untuk kelulusan. Semua kos akan di tanggung bersama oleh semua
pemaju yang terlibat.”