Thursday, March 21, 2013

Penurapan Semula Jalan Bukit Belimbing



Ahli Majis Majlis Perbandaran Kajang, Eddie Ng Tien Chee mengumumkan hari ini bahawa Jalan Bukit Belimbing, Balakong akan di turap semula pada April 2013.  Beliau menyatakan  kerja-kerja penurapan semula sepanjang lebih kurang 2 kilometer di jalan utama yang menyambungkan Lebuhraya SILK ke Taman Bukit Belimbing,  Taman Juara Jaya dan lain-lain akan di jalankan oleh pemaju Maktab Tentera Di Raja yang terletak bersebelahan dengan Taman Juara Jaya.






“Ini merupakan salah satu syarat daripada pihak MPKj untuk meluluskan pihak pemaju mengorek jalan tersebut bagi tujuan penyambungan bekalan air dan elektrik.  Mereka di kehendaki untuk menurap semula sepanjang jalan yang di korek dari bahu ke bahu, Ng berkata. Walau bagaimanapun, Ng kurang berpuas hati dengan maklumat pengorekan yang di sampaikan lewat kepada pihak MPKj.  Ini adalah kerana pihak MPKj telah membelanjakan sebanyak lebih kurang RM150,000.00 untuk menurap semula sebahagian jalan tersebut pada hujung tahun lepas. “MPKj boleh menjimatkan peruntukkan tersebut dan menggunakannya di kawasan yang lain sekiranya di maklumkan mengenai pengorekan tersebut dengan lebih awal,” tambah Ng.

Selain daripada itu, Ng menyatakan bahawa pihak MPKj telah mengadakan satu mensyurat bersama pemaju projek MTD dengan beberapa pemaju yang bersebelahan dengan projek itu dua minggu yang lalu.  Semua pihak telah bersetuju untuk melantik seorang  perunding bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan berdekatan akibat pembangunan beberapa projek tersebut.  Ng berkata “mereka telah mulakan kerja-kerja mengatasi  masalah banjir bagi jangka masa pendek dan cadangan bagi jangka masa panjang akan di bekalkan kepada MPKj dalam masa yang terdekat untuk kelulusan.  Semua kos akan di tanggung bersama oleh semua pemaju yang terlibat.”

No comments:

Post a Comment