Friday, September 8, 2017

Politik BN ialah politik Ali Baba


KENYATAAN NG TIEN CHEE, AHLI DEWAN NEGERI KAWASAN BALAKONG MERANGKAP SETIAUSAHA ORGANISASI DAP SELANGOR PADA 8HB SEPTEMBER 2017

BARISAN NASIONAL MERUPAKAN GABUNGAN PARTI POLITIK YANG BENAR-BENAR MENGAMALKAN BUDAYA ‘ALI BABA’

Tuduhan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffudin Tengku Ahmad yang menuduh DAP ialah “parti dominan” dalam Pakatan Harapan (PH) dengan Lim Kit Siang sebagai pemimpin ‘de facto’ jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan panik. BN kini sudah panik kerana mereka memahami rakyat jelata akan menyokong PH pada PRU 14 yang akan diadakan pada bila-bila masa kerana sudah mengenali muka sebenar Umno dan BN setelah pendedahan skandal-skandal 1MDB, FGV dan banyak lagi yang membuktikan BN merupakan sebuah parti yang mengamalkan budaya rasuah dan penyelewengan.  

Beliau juga menuduh bahawa PH menggunakan strategi “ali baba’ dengan mempamerkan pemimpin Melayu di hadapan tetapi beliau mungkin terlupa bahawa BN sendiri merupakan satu gabungan parti politik yang benar-benar mengamalkan budaya ‘ali baba’. BN mentadbir negara ini sejak 60 tahun dahulu dengan mengamalkan sistem ‘sub’.  BN telah ‘sub’ urusan kaum Cina kepada MCA dan Gerakan serta urusan kaum India kepada MIC dan PPP. Selain itu, di Sabah dan Sarawak pula, mereka mengamalkan cara yang sama. Isu kaum Kadazan di ‘sub’ kepada parti PBS, UPKO dan PBRS serta SUPP merupakan ‘sub kontraktor’ kepada isu kaum Cina di Sarawak dan sudah pasti dan ketahui ramai adalah Umno bertanggungjawab pada urusan kaum Melayu.   

Kenyataan beliau merupakan strategi BN yang telah di gunakan sejak sebelum PRU 13 yang lalu. Pada ketika itu, Umno menuduh DAP memperkudakan PAS dan MCA pula menuduh DAP di perkudakan oleh PAS. Kini, memandangkan PAS sudah berkawan dengan Umno, watak dalam cerita rekaan BN bertukar pula dari PAS ke Tun Mahathir. Umno kini menyebar mesej bahawa Tun Mahathir di pergunakan oleh DAP, seperti yang di maksudkan oleh Tengku Sariffudin dan MCA  pula kini cuba meyakinkan masyarakat Cina bahawa Mahathir merupakan dalang sebenarnya di belakang PH. Mereka mengatakan DAP tidak berkuasa langsung walaupun mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang paling ramai di kalangan PH kerana tidak menyandang sebarang jawatan tinggi dalam Majlis Tertinggi Pakatan Harapan.


Saya ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin BN bahawa rakyat Malaysia sudah mengetahui taktik-taktik kotor ini dan mereka usah membuang masa untuk menghasut mereka.

No comments:

Post a Comment