Friday, May 19, 2017

选民登记 刻不容缓 Jangan hanya sembang kencang, daftarlah sebagai pengundi

我國公民具備投票資格約1800萬人左右,其中尚未登記成為選民比例佔21.1%,約380萬人,這比例足以左右來屆大選江山所在。鑑於完成登記成為選民的過程需費時六個月左右,故此我在此呼籲,餘下21.1%尚未登記選民的公民務必履行公民責任,馬上登記成為選民。

Terdapat lebih kurang 18 juta orang warganegara Malaysia yang layak menjadi pemilih di dalam negara kita. Antaranya, sejumlah lebih daripada 3.8 juta orang ataupun 21.1% yang belum mendaftarkan diri. Saya menyeru kepada golongan 21.1% yang berkenaan supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih bagi memastikan kamu layak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara pada PRU akan datang. Proses pendaftaran ini mengambil masa lebih kurang 6 bulan dari tarikh pendaftaran termasuk proses wartaan.

您一日尚未登記成為選民,就算您在茶室咖啡店裡如何痛罵當權者藐視民意,施政不公;在網上世界當個鍵盤英雄,當個批判者,這都將無補於事。只有真正登記成為選民,通過您手上的一票,選出您心中的人民代議士,讓民意可以真正的傳達出去到正確的管道,讓當權者聆聽得到人民的聲音。故此,我的服務中心將從521號起至618號,每個星期天從早上10點至傍晚5點,在AEON Cheras Selatan 專設新選民登記櫃檯,為您登記成為選民。當然,您也可以到鄰近的郵政局或者選舉委員會(SPR)的辦公室登記成為選民。

Saya memahami bahawa terdapat pelbagai rungutan dan perasaan tidak puas hati dari setiap golongan masyarakat terhadap isu-isu tertentu tetapi saya ingin mengingatkan bahawa setakat membebel di warong kopi  ataupun sosial media tidak membantu apa-apa. Kita harus mendaftarkan diri sebagai pemilih yang sah supaya boleh mengundi untuk memilih wakil rakyat yang kita rasa boleh membantu kita. Itulah cara yang tepat untuk menghantar mesej kita kepada pucuk pimpinan agar masalah dapat diselesaikan dan supaya permintaan kita dapat di dengari dengan jelas. Selain di pejabat pos dan pejabat SPR, pejabat saya akan menyediakan kaunter pendaftaran pemilih baru di Pusat Beli Belah Aeon Cheras Selatan pada setiap hari Ahad mulai 21hb Mei 2017 sehingga 18hb Jun 2017 dari pukul 11 pagi hingga 5 petang. 

我也在此籲請第一季度即本年一月至三月,已經登記成為的朋友,務必要再三檢查登記狀態,以確保您的投票資格沒有被任何不負責任的單位所破壞和反對,檢查網址如下http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/ 

Saya ingin menyeru kepada sesiapa yang telah mendaftarkan diri sebagai pemilih pada suku tahun pertama tahun 2016 iaitu dari Januari hingga Mac 2016 untuk membuat semakan pemilih secara atas talian di
 http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/ bagi memastikan kamu tidak di bantah oleh mana-mana  pihak yang tiidak bertanggungjawab. Kamu boleh hubungi pejabat SPR ataupun wakil rakyat anda untuk tindakan seterusnya jikalau mendapati nama kamu telah dibantah. 

一旦發現您被反對登記選民,可以馬上聯絡選舉委員會或當地的人民代議士,協助您作進一步抗議。

根據2002年選舉法令條例(選民登記)第十三條,選委會必須在五月九號至五月二十二號,長達14天,在全國960個展覽處展示2017年第一季度增加的新選民冊,一共326905份申請,其中242691份申請登記成為新選民。

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima sebanyak 326, 905  permohonan pendaftaran sebagai pemilih dalam suku pertama tahun ini di mana 242, 691 merupakan permohonan pendaftaran pemilih baru. Selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Tahun 1/2017 akan di pamerkan selama 14 hari mulai 9hb Mei hingga 22hb Mei 2017 di 960 tempat pameran di seluruh negara.



No comments:

Post a Comment