Monday, May 30, 2011

Penderitaan Warga Cheras, Kami Tak Nak Tol!!! 蕉赖人的痛苦,我们不要收费站!!!


Satu perubahan yang besar telah berlaku di kawasan Cheras pada tahun 1997 apabila kerajaan Barisan Nasional meluluskan projek menaiktaraf Jalan Cheras dan menamakannya sebagai Lebuhraya Cheras-Kajang. Pembinaan tersebut siap pada tahun 1998 dan yang aneh sekali adalah pembinaan 2 plaza tol dalam jarak kurang daripada 4 kilometer dengan kadar bayaran RM 0.90 di Plaza Tol Batu 11 dan RM 1.00 di Plaza Tol Batu 9 pada ketika ini.

Penswastaan syarikat lebuhraya telah memberatkan beban rakyat terutamanya pada ketika ini dimana kita mengalami kegawatan ekonomi. Sebagai kerajaan yang selalu mengatakan Rakyat diutamakan, Barisan Nasional harus memansuhkan tol tersebut demi kebaikan rakyat.

Pasukan Gerakan DAP Kawasan DUN Dusun Tua (DAPAT) telah melancarkan kempen tandatangan yang di namakan sebagai ‘Penderitaan Warga Cheras, Kami Tak Nak Tol’ pada 29hb Mei 2011 di Bandar Mahkota Cheras. Kempen yang diketuai oleh Ng Tien Chee (Eddie), Ahli Majlis Perbandaran Kajang mendapat sambutan yang hebat dengan mendapat lebih daripada 400 tandatangan semasa majlis pelancarannya yang mengambil masa tidak melebihi 1 jam.

Pemansuhan tol tersebut bukannya mustahil. Syarikat konsesinya, Grand Saga Sdn Bhd sepatutnya telah mengaut keuntungan yang besar dengan anggaran 180,000 kenderaan yang menggunakan lebuhraya tersebut tiap-tiap hari dan bayaran pampasan daripada kerajaan pusat sebanyak RM 105.15 juta dalam tempoh 12 tahun yang lalu. Menurut perjanjian yang ditandatangani, kerajaan pusat menpunyai hak untuk mengambilalih mana-mana lebuhraya di Malaysia pada bila-bila masa dengan pembayaran pampasan sebanyak kos pembinaannya sekiranya pemiliknya mendapat keuntungan tahunan sebanyak 12 peratus. Jesteru itu, dengan membayar RM 286 juta sahaja, tol tersebut boleh dimansuhkan dan duit rakyat boleh dijimatkan untuk pembangunan yang lain.

DAPAT berharap kempen tandatangan ini boleh mendapat 100,000 tandatangan pada 30hb Jun 2011 dan satu majlis penyerahan memorandum bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri akan dianjurkan.

(加影29日訊)杜順大火箭行動隊即日起展開廢除收費站簽名運動,希望可在一個月內收集10萬個簽名,要求政府廢除加影-蕉賴大道兩個收費站。

 杜順大火箭行動隊隊長黃田志指出,加影蕉賴大道于1998年開始收費,大道公司只是擴建及提升原有道路,並非建設全新的高速公路。

 他說,大道公司所耗資的28000令吉,僅是提升原有道路,但短短4公里的大道卻設有兩個收費站,分別設于蕉賴九哩(1令吉)和蕉賴十一哩(90仙)。

收到10萬個簽名

 每天平均有18萬輛車使用此大道,目前大道公司不但已回本還賺取高利潤特許經營合約也闡明,政府只需用大道的建筑成本收购该大道。

 他今日出席《單車自由行》活動后,舉行的廢除收費站簽名運動上,這么指出。

 出席者包括烏冷國會議員仄羅斯里、加影市議員李繼香、士毛月新村村長顏文昌等。

 今日在行動黨皇冠城支部舉行的簽名運動,獲得居民踴躍響應,黃田志預計可收集400人簽名。

 黃田志指出,該簽名運動將在各區早夜市集及商業中心展開,除了行動黨成員參與,回教黨及公正黨成員也會協助收集簽名。

 他強調,首相拿督斯里納吉為了大選可以四處分派糖果,如提早結束收費及減低收費,政府就應廢除加影-蕉賴大道的兩個收費站。

 我們目標是收到10萬個簽名,然后呈交首相。

 他說,任何團體若想支持此項簽名運動,可聯絡他獲取簽名表格,其聯絡號碼為012-3981131

No comments:

Post a Comment